Kisah
ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita
sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu
menyakitkan.
Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah
buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertumpu kepada cawan yang cantik.
"Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah
cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika
mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksudkan itu berbicara,
"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya
tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah
liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang lelaki dengan tangan
kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku
hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu
berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop!
Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan
teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas!
Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini
berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku
sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah
sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku.
Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, '
Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku
sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan
penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini
tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas
"menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk
seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat
diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku
berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang
lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam
membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.
Pengajaran:
Dalam perjalanan hidup akan banyak
kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan
banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya
menjadi 'cantik'.
Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita.
Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang
menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda.
Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu
selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk
kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari
pembalasan(akhirat).
No comments:
Post a Comment
Feel free to leave your comment