Tuesday, 25 December 2012

Let's start

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Morning to all the readers..
Begin our day with zikrullah..
Smile..
Think positive..
May today better than tomorrow..
May Allah bless us..Ameen


Tuesday, 11 December 2012

Kuasa "PERCAYA"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

" subjek ni susah lah nak score..kalau aku study hard pun, confirm tak boleh dapat pointer yang tinggi"

" aku tak nak lah pegang jawatan ni..susah lah..lagipun aku bukannya reti sangat nak buat benda2 ni..bagi lah dekat orang lain yang lebih layak"

Pernah dengar kan ayat2 macam ni dekat sekeliling kita? Ya ayat ini sering diucapkan oleh orang-orang yang tak percaya dekat diri sendiri termasuklah aku.tapi itu dulu lah..hehe..belum buat apa2 dah mengeluh & putus asa..

Sebenarnya, kuasa percaya amat HEBAT dan boleh mengalahkan kuasa ultraman dan power rangers..betul dak? kuasa "PERCAYA" amat penting dalam diri seseorang bagi memastikan apa yang diimpikan tercapai..Contohnya, Cik Kiah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor..cik kiah percaya bahawa dia mampu untuk mencapai cita-citanya..maka, cik kiah akan belajar dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan cita-citanya tercapai..Lihat?jika kita percaya yg kita boleh melakukan sesuatu, maka tidak mustahil untuk kita melakukan sesuatu perkara itu..

contoh lain, Sin Chan merupakan seorang budak yang tidak pandai melukis tetapi bercita-cita untuk seorang pelukis yang tersohor..oleh kerana percaya yang dirinya mampu utk menjadi seorang pelukis yang tersohor suatu hari nanti, maka Sin Chan pun menghadiri bengkel-bengkel lukisan untuk memperbaiki teknik lukisannya..agak-agak dia berjaya tak jadi pelukis tersohor suatu hari nanti? Fikir sendiri

Kesimpulannya, kuasa "PERCAYA" memang patut ada pada setiap individu..Kalau kita sendiri yang tak percaya dekat kemampuan diri sendiri, sapa lagi yang nak percaya?

Thursday, 15 November 2012

Thanks sahabat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, HE still give the air to breathe..

This post actually is dedicated to my friends that always beside me in triumph and trouble..
Terima kasih buat sahabat-sahabat
yang tidak jemu menasihatiku agar tidak leka dengan pesona dunia
yang sering mengajakku berbuat kebaikan
yang sentiasa mendoakanku
yang sering mendampingiku ketika waktu susah dan senang
walaupun kadangkala aku sering mengabaikan kalian
kasar dalam berbicara
dan x tahu mengucapkan bait-bait indah seperti wanita2 lain
tetapi ketahuilah bahawa
aku mengingati apa yang dinasihati olehmu
dan aku amat menyanyanyi kalian
walaupun tidak dizahirkan dengan perbuatan..
TERIMA KASIH SAHABAT..
kerana sentiasa berada disampingku..

From .....

" Ya Allah, aku cintakan hambaMu ini Ya Allah. Satukanlah hati-hati kami dalam jalan mencari redhaMu. Jadikanlah dia mujahidah yg berjuang di jalanMu, cintailah dia sebagaimana Kau mencintai para rasulMu, jadikanlah dia sebagaimana aku mencintaiMu malah lebih lagi Ya Allah..perkenankanlah Ya Allah"

From .....

"Ada orang hanya menunggu untuk bermimpi Rasullullah, Alhamdulillah bagus..cuma sedih hanya kerana menunggu, tak nak berjuang untuknya..Berjuanglah..Rasullullah tidak bersama PENUNGGU, RASULLULLAH bersama PEJUANG. ramai yang berjuang kecapi nikmat mahabbah Rasullullah..Sayang ummah hingga Rasulullah tersenyum melihat kita itu Indah"

Mesej2 ni menyedarkanku dari dibuai mimpi indah..terima kasih sahabat..uhibbukum fillah..

-15/11/2012 2.14 am-



Wednesday, 19 September 2012

Positive thinking

From my observation, i can see that the successful person always have positive thinking. They treat trouble and disaster in positive ways. They are also learn from mistakes and take the other person advice to improve themselves..when reading the article about successful person, i think about myself..sometimes, it is not easy to think positively. maybe because of the influence from the surrounding...to have a positive thinking, we have to read the story about the successful person and some motivational books to get the inspiration..that is what i'm doing now..i do a lot of reading to motivate myself..and the most important thing is always pray to Allah..insyaallah, everything will be fine and our soul will become calmer.

Friday, 31 August 2012

Pergilah Duka!!!

Seringkali aku terfikir
Mengapa yang cuba ku ukir
Sering pergi dan berakhir
Tanpa pernah terlahir
Dengan perbuatan yang dizahir

Akhirnya aku terus pasrah
Pada awalnya aku cukup gagah
Garisan permulaan yang begitu gagah
Pertengahannya aku menjadi begitu lemah
Atas jalannya aku terus rebah

Mengapa bahagia yang aku cipta
Derita pula hadir tanpa dipinta
Membuatkan apa yang aku cita
Samar bayangannya seperti orang buta

Namun kini aku tersedar
apa yang cuba dilakar
Pasti melalui jalan yang sukar
Sebagai khalifah aku berikrar
Perlu hadapi dengan penuh sabar

Pergilah duka bersama derita
Gantikan ia dengan bahagia
NamaMU ku seru wahai Maha Pencipta
Tabahkanlah aku menghadapinya

Friday, 24 August 2012

10 inspirational quotes


1. "From success to failure is one step; from failure to success is a long road"

2. "Your vision will become clear only when you can look into your own heart. Who looks outside, dreams; who looks inside, awakens" - Carl Jung -

3. "No matter how hard the loss, defeat might serve as well as victory to shape the soul and let the glory out"

4. "A wise man learns by the mistakes of others, a fool by his own" - Latin proverb -

5. "A goal without a plan is just a wish"

6. "Failure is a success if we learn from it"

7. "Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people" - Eleanor Roosevelt -

8. "Mankind is made great or little by its own will"

9. "When you can't change the direction of the wind, adjust your sails"
- H. Jackson Brown Jr -

10. "You can make mistake, but you are not a failure until you blame others for those mistakes" - John Wooden -

Thursday, 16 August 2012

Hopefully, tomorrow is better than today

Yesterday I got the result of "Phonetics And Phonology" test. And I really disappointed with my result. I got only 12/20. But it is my fault because I don't really do a revision before the test. At first, I really felt down but I keep reminding myself that this is only a test and I can get better result in my final exam if I study hard.

Why I got lower marks?
1. I didn't do a revision before taking the test
2. I didn't give enough attention during the lecture
3. I rarely do transcription exercise

Solution
1. Do revision continuously
2. Focus during the lecture
3. Do transcription exercises everyday
4. Always pray to Allah

* No matter how busy you are, don't forget to carry out your duty as HIS servant. Insyaallah, If we obey HIM, HE will give the reward.

Saturday, 11 August 2012

"Berkorban Demi Cinta"


Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga...
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Sunday, 5 August 2012

Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W

PERTAMA: Kita sebagai Umat akhir zaman

- Allah S.W.T telah memilih kita sebagai umat akhir zaman di mana tidak ada umat lain yang akan dijadikan Allah selepas kita. Namun, ketika di padang mahsyar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman Nabi Adam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad S.A.W mengikut saf-saf dan Allah telah memilih umat Nabi Muhammad untuk berbaris di saf yang pertama walaupun umat Nabi Adam merupakan umat yang pertama dijadikan Allah. Ini merupakan bukti kasih dan sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad kerana tidak mahu Umat Nabi Muhammad berada terlalu lama di Padang Mahsyar. Cuba kita bayangkan berapa lama umat manusia perlu berada di padang mahsyar kerana beribu juta manusia akan dihisab seorang demi seorang oleh Allah dan Allah telah memilih umat Muhammad untuk dihisab terlebih dahulu.


KEDUA: Mendapat pahala yang berkali ganda

- Kebaikan yang umat Nabi Muhammad lakukan akan dibalas dengan berlipat kali ganda. 1 amalan dibalas dengan 10 kebaikan. Renungilah betapa sayangnya Allah terhadap umat Nabi Muhammad berbanding dengan umat-umat terdahulu.


KETIGA: Syafaat Nabi Muhammad

- Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu-satunya Nabi yang dapat memberi syafaat kepada umatnya di akhir zaman kelak. Begitu beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Umat yang terdahulu tidak mempunyai pembela, penolong dan sebagainya tetapi kita umat Nabi Muhammad S.A.W diberi keistimewaan oleh ALLAH untuk menerima syafaat daripada Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Namun, cuba kita lihat berapa ramai yang malu untuk mengaku kita kasih dan sayang kepada Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W.


KEEMPAT: Penangguhan seksaan di dunia

- Umat Nabi Muhammad tidak akan diseksa oleh Allah sehinggalah tiba hari akhirat kelak. Nabi Muhammad S.A.W telah memohon kepada Allah supaya memberi peluang kepada umatnya sehingga tiba hari pembalasan untuk bertaubat kepada Allah. Cuba kita renung kembali keadaan umat-umat terdahulu yang dihapuskan oleh Allah dari muka bumi ini kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Betapa untungnya kita kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk meminta keampunan darinya-NYA selagi mana nyawa tidak terpisah dengan jasad. Begitu besar kelebihan kita sebagai umat Nabi Muhammad.


KELIMA: Malam lailatulqadar

- Umat Nabi Muhammad merupakan satu-satunya umat yang diberikan oleh Allah satu malam yang menyerupai 1000 bulan iaitu malam lailatulqadar. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Diberikan kita peluang-peluang yang sangat tidak ternilai harganya untuk dikumpul sebagai bekalan di ahirat kelak. Betapa beruntungnya kita digelar umat Nabi Muhammad S.A.W. الله اكبر


Rusydi Ramli Al-Jauhari. (2012). Biografi Agung Rasullullah Sallallahu Alayhi Wasallam. Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.

Sunday, 22 July 2012

Nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya

1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

5 – Wahai anakku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunia.

6 – Wahai anakku, janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah kamu bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan harta mu pada jalan maksiat.

7 – Wahai anakku, sesiapa yang bersifat penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu dia akan menyesal kelak.

8 – Wahai anakku, bergaullah dengan orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hati mu dan dengarkanlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami hujan.

9 – Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah kapal yang belayar di lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, maka belayarlah dengan kapal yang bernama ‘taqwa’, isinya ialah ‘iman‘ dan layarnya adalah ‘tawakkal kepada Allah’.

10 – Wahai anakku, jika kamu mempunyai dua undangan majlis, iaitu majlis takziah kematian atau majlis perkahwinan, maka utamakanlah majlis kematian, kerana ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada keseronokan duniawi sahaja.



11 – Wahai anakku, janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis, janganlah terus meludah sahaja apa yang kamu rasa pahit, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kelemahan.

12 – Wahai anakku, janganlah kamu makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Wahai anakku, janganlah kamu menjadi lebih lemah dari seekor ayam jantan, kerana ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan kamu pada waktu itu masih terbaring di atas katilmu.

14 – Wahai anakku, jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

15 – Wahai anakku, orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemuliaan dari Allah.

16 – Wahai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah.

17 – Wahai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

18 – Wahai anakku, kamu telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana kamu mempunyai jiran yang jahat.

19 – Wahai anakku, jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

20 – Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana kamu selalu mencari ilmu tetapi kamu tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

21 – Wahai anakku, jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

22 – Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

23 – Wahai anakku, apabila kamu menghampiri kediaman sesuatu kaum, ucaplah salam. Kemudian duduklah ditempat yang telah disediakan oleh mereka. Jangan mulakan perbualan sehingga mereka mulakannya. Sekiranya mereka suka berzikir maka sertailah mereka, jika sebaliknya maka jauhilah mereka dan sertailah kelompok lain.

24 – Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah, orang lain tidak akan tahu engkau takut kepada Allah s.w.t hanya untuk dihormati, sedangkan hatimu menyimpang daripada kebenaran.

25 – Wahai anakku, janganlah engkau terlalu menyayangi orang jahil kerana dia akan menganggap kamu bersetuju dengan perbuatannya. Janganlah engkau menghina sesuatu yang dibenci oleh orang bijaksana kerana dia akan terus meninggalkanmu.

26 – Wahai anakku, ketahuilah bahawa kekuasaan berada pada mulut orang-orang yang bijaksana. Mereka tidak berkata-kata melainkan dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t

27 – Wahai anakku, janganlah engkau menyesal kerana berdiam sahaja. Sesungguhnya percakapan itu berharga perak, sedangkan berdiam diri berharga emas.

28 – Wahai anakku, hindarilah dirimu daripada kejahatan, nescaya ia akan menjauhimu. Sesungguhnya kejahatan itu untuk sejahat-jahat makhluk.

29 – Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sertailah mereka, sekiranya engkau seorang yang berilmu engkau dapat memanfaatkan ilmumu. Sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka akan mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau akan bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka.

30 – Wahai anakku, janganlah engkau makan makanan yang tidak bersih. Bermesyuaratlah dalam urusanmu yang berbentuk ilmu.

31 – Wahai anakku, janganlah beriri hati dan tanding menandingi kerana ia meluaskan medan pertumpahan darah orang yang beriman. Pertumpahan darah dianggap oleh Allah sebagai pembunuhan, bukan kematian.

32 – Wahai anakku, sesungguhnya kebijaksaaan itu meletakkan orang miskin pada taraf raja-raja.

33 – Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

10 wasiat Imam Syafie kepada muridnya


DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: Hak kepada diri - mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqadakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur - membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir - tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) - menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) - membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) - menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) - berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw - bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis, menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT - mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Saturday, 21 July 2012

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

"Jadikan Ramadhan pada kali ini seolah-oleh ianya adalah Ramadhan yang terakhir untukmu"

Tuesday, 17 July 2012

Cinta high class


 Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jangan lupa temujanji kita di dalam talkshow 'Cinta High Class' bersama ustazah Fatimah Syarha & suami, Dr Fahan Hadi. Ustazah merupakan novelis terkenal, antara karyanya yang popular adalah sebarkan cintamu,tautan hati, dan pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul. Talkshow ini bakal mengupas dengan mendalam topik cinta,pernikahan,rumahtangga dan panduan untuk anda bercinta hingga ke syurga. Jangan lepaskan peluang!

Tarikh: 17 Julai 2012 (Selasa)
Masa: 9.00pm
Tempat: Dewan Indera Kayangan IPG Kampus Perlis

#Masuk adalah percuma, sebarkan bahagiamu. Sebarkan hebahan ini! :')

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=408347829201970&set=a.401579509878802.77011.100000802701755&type=1&ref=nf

Friday, 15 June 2012

Kisah "CAWAN"

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertumpu kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksudkan itu berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang lelaki dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

 Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Wednesday, 30 May 2012

Langkah tercipta


Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
PadaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Langkah Tercipta - UNIC

*lirik ni mempunyai maksud yang amat mendalam*


Flowers

These pictures were taken around Perlis Grape Garden
















Tuesday, 29 May 2012

Perlis Equine Centre & Perlis Grapes Garden

Assalamualaikum..

Last Thursday, my friends and I went to Perlis Equine Centre & Perlis Grapes Garden.
Our first destination is Perlis Equine Centre.There are lot of horses there. If you want to ride horse, you can go there on Saturday and Sunday (no fee is charged).

                                                    Welcome to Perlis Equine Centre




                                            The scenery around Perlis Equine Centre




After that, we went to Perlis Grapes Garden. You must pay RM 3 if you want to enter the garden. If you want to buy the grapes, you must pay RM 10.00 for 500 g.
                                                        Welcome to Perlis Grape Garden:)
                                      
                                                                    really delicious




That's all for today..(@_@)

Thursday, 24 May 2012

Experiences teach us to be matured

Bismillah

Seems that the title above does not really related to the story that i'm going to tell..hehe...this is because of the "child development" paper..
Alhamdulillah, the examination is finally over..hehe..no more tense after this and i can do my works peacefully..
After the examination ends, my friends asks me to accompany her to buy "harum manis". She said that her mom really wants to eat harum manis. so. i accompany her..we have a very long journey today. First, we go to Batu Pahat because my mom said that the price of harum manis there is cheaper..Unfortunately, i haven't found any stalls that sold harum manis. so, my friends and i continue our journey to Simpang Empat.
Alhamdulillah, we are able to find the stalls that sold harum manis. but when we ask the Mak Cik (the person who sells the varieties of mango) which one is harum manis, she said that all of them have been sold out..hohoho..we are really dissappointed..
Then, my friends aks the mak cik where she can get the harum manis, the mak cik said that it is really difficult to find harum manis now because there are too many request and the fruits are also not really fruity for this year.
We are very fortunate because the mak cik offer us to eat harum manis that is not really good to be sold out (maksudnya buah tu kurang baik tapi still boleh dimakan lagi). huu we are really happy..That mak cik is really kind and friendly..Thank you mak cikkk..the taste of harum manis is really amazing. that's the reasons why harum manis is really expensive..huhu..after finish eating the harum manis, we said thank you to the mak cik because she treated us very well although we are outsider..
she also offers us to come again next year..huuu..this mak cik is really kind..
 Then, we go to Kuala Perlis to see the sunset..subhanallah, the scenery is really beautiful..
                                 SUBHANALLAH,,, the only word that i can say at this moment
                                            Very amazing..Subhanallah
                                  This is my friend. Her name is Hakimah Nabahah. She is very unique girl
                                   who has unique voice..hehe..and the important one is she is very talkative and
                                   friendly...uhibbuki fillah..(@_@)                

After that, we are going back to out college...
Today's journey is really meaningful for me.. The first one is I've met a very kind person and the second one is i can see the GREATNESS OF HIS POWER..Subhanallah..

Saturday, 19 May 2012

Everything happen has its own reason(◕‿◕✿)

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

renungan buat PARA PENUNTUT ILMU.. BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH, MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH :-)

Sunday, 13 May 2012

You are my beloved mother

You're my shelter from the rain,
You're the shoulder I cry on
Whenever I feel pain
One touch from you and the pain is gone!

And all I've ever dreamed to be
Is to make you proud of me
Cos never once
Did you turn your back on me

Your healing words,
Your tender touch
The warmth of your embrace...

The beauty of your soul
Shines through your loving face!
❤❤❤ i love you mak❤❤❤

Monday, 7 May 2012

Basic concept of philosophy

the examination is around the corner. paper for next week is philosophy of education. so, i start doing the revision about the basic concept of philosophy and philosophy of education. i revise this topic first because this is an interesting topic and it is really easy to understand.

What is philosophy??? from my understanding, philosophy is a collection of ideas about human nature and the nature of reality that we live.

Philosophy also can be explained based on 3 aspect which are etymology, terminology and practicality.

1.Etymology (language): Philosophy comes from Greek word, Philosophia. Philo means "love" while sophia means "knowledge". So, philosophy means love for knowledge. Therefore, people who love the knowledge are known as philosopher.

2.Terminology: it means that different philosophers have different definitions for the meaning of philosophy. however, the similarity lies in the fact that these different meaning evolve around some elements such as man, God and universe.

3.Practicality: Philosophy means " thinking thoroughly, free from the bond of tradition and have these characteristics, namely systematic, radical and universe."

* Thinking systematically means thinking logically and sequentially.
example: if the sky is overcast, it seems that it will rain . so, it is not advisable  to hang out the clothes.when it rains, there is nobody to take the clothes in.

*Thinking radically means thinking to the finest detail and solve the problem with full of responsibility.
example: a teacher discovers that there is a pupil who often skip his lesson.Then, he will refer this case to the discipline teacher and he will even go to see that pupils to ask his problem. the  teacher also will go to that pupil's house to find the exact condition of his family.

*Thinking universally means not being confined to several aspects only  but encompasses the whole.
example: the street light in front of the house has not been working from past week. Before reporting it to the relevant authorities, it will be good to check if there are other street lights that have the same condition. this act will ensure the safety of the residents in the residential area.



Thursday, 3 May 2012

Success


People succeed not because of what they are, but it is because of what they do